Serlahkan Gaya Tudungmu!!!

8 TIPS BERTUDUNG SERLAHKAN PENAMPILAN 
  • Baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju kamu.
  • Bagi menampakkan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah yang kosong dan berwarna cerah seperti merah jambu,kuning dan biru.
  • Elakkan tudung yang berwarna gelap dan kusam kerana akan menampakkan kamu berusia(tua).
  • Bagi wajah bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil.
  • Bagi yang berkulit putih, pakailah tudung yang berwarna cerah seperti hijau ungu dan levender supaya nampak lebih segar. AWAS!! tudung merah jambu akan membuatkan wajah kamu pucat.
  • Bagi yang kulit kuning langsat, warna biru,lavender dan merah jambu akan menyerlahkan seri wajah kamu.
  • Kulit sawo matang, warana hijau dan kuning membuatkan kulit lebih cerah dan terang.
  • Hendaklah memakai kerongsang supaya nampak lebih kemas dan mengelakkan lilitan tudung menggelembung.

5 CARA BIJAK PILIH TUDUNG
  1. Pilih fabrik yang sesuai dan selesa dengan kamu.
  2. Di Malaysia, kain bawal @ kasa amat sesuai kerana cuaca panas dan lembap. Kain bawal mempunyai pengudaraan yang baik dan menyerap peluh.
  3. Pilih fabrik yang melekap pada rambut. Secara tak langsung tudung akan terletak cantik atas kepala.
  4. Pilih fabrik yang sesuai dan selesa dipakai dalam jangka masa lama. Ia mengelakkan tudung dari berkedut dengan cepat.
  5. Pilih fabrik yang boleh memelihara kesihatan rambut. Walaupun bertudung, rambut akan kekal sihat.

0 comments:

Post a Comment