- Baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju kamu.
- Bagi menampakkan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah yang kosong dan berwarna cerah seperti merah jambu,kuning dan biru.
- Elakkan tudung yang berwarna gelap dan kusam kerana akan menampakkan kamu berusia(tua).
- Bagi wajah bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil.
- Bagi yang berkulit putih, pakailah tudung yang berwarna cerah seperti hijau ungu dan levender supaya nampak lebih segar. AWAS!! tudung merah jambu akan membuatkan wajah kamu pucat.
- Bagi yang kulit kuning langsat, warna biru,lavender dan merah jambu akan menyerlahkan seri wajah kamu.
- Kulit sawo matang, warana hijau dan kuning membuatkan kulit lebih cerah dan terang.
- Hendaklah memakai kerongsang supaya nampak lebih kemas dan mengelakkan lilitan tudung menggelembung.
Serlahkan Gaya Tudungmu!!!
Posted by
azliza
on Friday, February 26, 2010
/
Comments: (0)
Atasi Masalah Penampilanmu!!
Posted by
azliza
/
Comments: (0)
TIPS UNTUK SI TUBUH GEMPAL
- Pakaian berjalur lurus & tegak membuatkan tubuh lebih langsing.
- Elakkan pakaian yang ketat,jaket,selendang serta sweater kerana menampakkan tubuh lebih besar.
- Pilih warna lembut & kosong bagi penampilan lebih kemas.
- Pilih warna gelap bagi menyembunyikan tubuh badan yang besar.
- Warna lembut & terang di paras pinggang dapat mengimbangkan berat badan.
- Pastikan pakaian longgar & tidak melekat pada badan kerana akan menampakkan lemak.
- padanan kemeja-T & denim longgar mampu mencetus gaya sederhana tapi menarik.
TIPS UNTUK SI KURUS KERING!!
- Elakkan baju yang terlalu ketat kerana akan menampakkan susuk tubuh kamu yang amat kurus.
- Kenakan blazer kerana ia boleh membuatkan kamu kelihatan lebih berisi.
- Untuk membuatkan kamu nampak seimbang, pilih blazer yang berpad leher kecil @ ringan. Pad leher kecil akan membuatkan belakang dan dada tegap.
- Elakkan ketidakseragaman kerana akan menampakkan kamu lebih buruk lagi.
Untuk Nampak Cantik??
Posted by
azliza
/
Comments: (0)
TIPS MEMILIH WARNA "MAKEUP BASE"
- Kulit kuning pucat: warna Ivory mampu mengembalikan seri wajah dan memberi kesan semula jadi.
- Kulit kuning langsat: Rona Soft beige mampu memberikan kelembutan pada seluruh wajah.
- Kulit putih kuning: warna semula jadi adalah pilihan tepat kerana kulit ini mempunyai sedikit cahaya kemerah-merahan pada wajah.
Kulit hitam manis: Rona coklat lembut dan mempunyai sentuhan warna tembaga antara yang amat sesuai untuk yang berkulit gelap.