- Baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju kamu.
- Bagi menampakkan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah yang kosong dan berwarna cerah seperti merah jambu,kuning dan biru.
- Elakkan tudung yang berwarna gelap dan kusam kerana akan menampakkan kamu berusia(tua).
- Bagi wajah bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil.
- Bagi yang berkulit putih, pakailah tudung yang berwarna cerah seperti hijau ungu dan levender supaya nampak lebih segar. AWAS!! tudung merah jambu akan membuatkan wajah kamu pucat.
- Bagi yang kulit kuning langsat, warna biru,lavender dan merah jambu akan menyerlahkan seri wajah kamu.
- Kulit sawo matang, warana hijau dan kuning membuatkan kulit lebih cerah dan terang.
- Hendaklah memakai kerongsang supaya nampak lebih kemas dan mengelakkan lilitan tudung menggelembung.
5 CARA BIJAK PILIH TUDUNG
- Pilih fabrik yang sesuai dan selesa dengan kamu.
- Di Malaysia, kain bawal @ kasa amat sesuai kerana cuaca panas dan lembap. Kain bawal mempunyai pengudaraan yang baik dan menyerap peluh.
- Pilih fabrik yang melekap pada rambut. Secara tak langsung tudung akan terletak cantik atas kepala.
- Pilih fabrik yang sesuai dan selesa dipakai dalam jangka masa lama. Ia mengelakkan tudung dari berkedut dengan cepat.
- Pilih fabrik yang boleh memelihara kesihatan rambut. Walaupun bertudung, rambut akan kekal sihat.
0 comments:
Post a Comment