TIPS UNTUK SI TUBUH GEMPAL
- Pakaian berjalur lurus & tegak membuatkan tubuh lebih langsing.
- Elakkan pakaian yang ketat,jaket,selendang serta sweater kerana menampakkan tubuh lebih besar.
- Pilih warna lembut & kosong bagi penampilan lebih kemas.
- Pilih warna gelap bagi menyembunyikan tubuh badan yang besar.
- Warna lembut & terang di paras pinggang dapat mengimbangkan berat badan.
- Pastikan pakaian longgar & tidak melekat pada badan kerana akan menampakkan lemak.
- padanan kemeja-T & denim longgar mampu mencetus gaya sederhana tapi menarik.
TIPS UNTUK SI KURUS KERING!!
- Elakkan baju yang terlalu ketat kerana akan menampakkan susuk tubuh kamu yang amat kurus.
- Kenakan blazer kerana ia boleh membuatkan kamu kelihatan lebih berisi.
- Untuk membuatkan kamu nampak seimbang, pilih blazer yang berpad leher kecil @ ringan. Pad leher kecil akan membuatkan belakang dan dada tegap.
- Elakkan ketidakseragaman kerana akan menampakkan kamu lebih buruk lagi.
0 comments:
Post a Comment